Tuesday, June 3, 2008

First day

hamsa hamida - Terima kasih
chumma deyyo - sama2.

Itulah 2 patah perkataan yang kami pelajari dari Mr Lee (HI sys consultant).

Tempat yang kami pergi pada hari pertama di Korea ialah di sebuah syarikat (kami namakan syarikat B) lawan kepada Hi System (syarikat A) . Syarikat B ini adalah lebih besar dan telah lama bertapak di Korea. Founder syarikat A pun sebenarnya berasal dari sykt B tapi telah berpecah dan buka sykt sendiri iaitu sykt A dimana tempat kami training sekarang nie.

Sykt B adalah salah satu daripada player utama dalam pasaran peralatan training untuk pendidikan. Sykt B ni adalah no 1 di Korea dan yg Ke 2 terbesar di dunia dalam arena mereka. Sykt B ini dimiliki sebhgnnya oleh kerajaan Korea dan mereka adalah sangat stabil dari segi ekonomi.

Selepas melawat Sykt B, manager sykt tersebut bawak kami pergi lunch kat restoran jepun. Kami makan sushi dan beberapa masakan terkenal di Korea. Antara yang popular ialah sup yg nampak mcm asam pedas melaka tapi rasa dia memang berlainan la. Walaupun kekadang ragu dengan kebersihan dan kehalalan peralatan memasak serta sudu/garfu/chopstik, kami takde pilihan selain memakan apa yg ada asalkan takde daging.

Kitorang pun tak bagi tau yg kami melawat sykt B memandangkan mereka adalah seteru. jadi kami simpan perkara nie sebagai rahsia besar.

Selepas balik semula ke hotel, Mr Park sampai & dia bawa kami ke tempat penginapan menggunakan van syarikat.

No comments: